Buku kecil yang hanya mempunyai 109 halaman ini sungguh ringkas tetapi bermakna. Buku ini adalah tentang bagaimana menjadi bintang di hadapan Allah. Bintang yang paling indah yang mendapat sepenuh perhatian, rahmat dan keredaannya. Iaitu muslim terbaik.
Antara topik-topik yang terkandung adalah:
Bahagian 1: Bersyukur sebagai Muslim
Bersyukur sebagai Muslim
Bersyukur kerana Sifat Kemanusiaan
Bersyukur kerana Keislaman Diri
Muslim adalah Manusia Terbaik
Menjaga Diri daripada Perkara yang Merosakkan Iman
Bahagian 2: Membuktikan Diri Sebagai Muslim
Bersihkan Hati
Hiasi Kata-kata
Perbuatan yang Bermanfaat
Beribadah dengan Sebaik-baiknya
Sentiasa Memperbaik Diri
Menghormati Ibu Bapa
Membina Rumah Tangga
Memberi Manfaat kepada Orang Lain
Mencintai Dakwah dan Jihad
Membina Ukhwah dan Silaturahim
Bahagian 3: Agenda Hidup Muslim
Agenda Hidup Muslim
Agenda Harian, Bulanan, Tahunan dan Seumur Hidup
Nasihat-nasihat yang disampaikan oleh penulis amat mudah untuk dibaca dan diterima. Tetapi hanya dua perkara yang ingin saya kongsi bersama. Dalam Bahagian 1, penulis mengajak kita bersyukur kerana telah dilahirkan sebagai manusia dan juga dilahirkan dalam keadaan beragama Islam dan bukan beragama lain. Alhamdulillah syukur.
Dalam Bahagian 2, saya ingin berkongsi apa yang ditulis dalam topik Membina Rumahtangga.
“Pernikahan adalah syariat Allah melalui pernikahan, kehidupan terpelihara dari penyelewengan kasih sayang timbul selepas diikat dengan ikatan pernikahan.”
“Apabila seseorang melalui perkahwinan, tanamkan niat yang kukuh iaitu niat beribadah kepada Allah. Rumahtangga dijamin mendapat ketenangan, kasih sayang dan rahmat. Ia menjadi permulaan yang baik. Rumah tangga yang berkat ini melahirkan generasi yang soleh dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.”
Allah menjelaskan dalam surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan di antara tanda tanda kekuasaannya adalah dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di antara kamu kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
Penulis juga memberi tips bagaimana Cara Mendapatkan Pasangan Yang Baik. Antaranya adalah:
Kuatkan niat untuk beribadat
Kita perlu menjadi orang yang baik terlebih dahulu. Orang yang baik mendapat pasangan yang lebih baik
Perbaiki kualiti diri dan Allah bakal menurniakan jodoh yang baik
Perkuatkanlah pandangan zahir
Carilah antara orang-orang yang soleh dan di tempat-tempat yang terpuji
Ya Allah, semoga aku dapat sentiasa memperbaiki diri ya Allah. Semoga kita mendapat pasangan yang baik, insya-Allah. Amiin.
Diharapkan dengan membaca buku ini dapat memberi manfaat kepada kita.
